loading...

Mata Akim Lebam?



Penyanyi lelaki terkenal, Akim Ahmad telah berkongsi foto matanya yang bengkak di akaun instagram miliknya.

Daripada foto itu kelihatan mata penyanyi itu mengalami bengkak yang agak teruk dan terdapat juga satu lagi foto yang dikongsi oleh Akim dengan kapsyennya menyatakan antara sebab yang menjadikan matanya bengkak adalah disebabkan oleh tebuan.





Mata bengkak Akim ini telah mendapat perhatian daripada netizen dan ramai juga yang mendoakan agar mata penyanyi tersebut segera sembuh.

Antara komen dan petua yang ditinggalkan di ruangan komen foto tersebut,

maisarah.damia: nak cepat sembuh , insyaallah petua ni boleh cepat reda kan bengkak tu , pakai ibu jari , letak ibu jari tu ke dalam mulut atas lelangit then ada sikit air liur dari lelangit tu kan , so sapukan ke area mata bengkak tu diulangi 3kali berturut2 smbil berselawat la..ataupon ambik madu @ garam skit then sapukan kat mata bengkak tu @akimahmad

ayda_mael: Wht ever bng akim .. you still hndsome .. and still steadyy

nur_shuhada_2007: sapu mnyk gamat bia surut .dlu sy kna charlie alhamdulillah surut.

Sedikit tips jika disengat tebuan atau lebah:

Seperti yang diketahui tebuan atau lebah adalah binatang yang mengeluarkan sengat dan sengatan mereka teramatlah berbisa. Jika terkena sengatan binatang ini, anda boleh amalkan tips di bawah ini.

Cara 1:
seinci halia
2 ulas bawang putih
Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehinnga lumat, kemudian tekapkan bahan tadi pada bahagian yang terkena sengatan tadi.



Cara 2:
Sebiji Lobak merah
Sedikit cuka
Ambil sebiji lobak merah, kemudian parut atau ditumbuk sehalus mungkin, tumbuk lobak tadi sehingga menjadi lumat. Selepas itu campurkan lobak tadi dengan sedikit cuka dan gaul sehingga sebati. Akhir sekali sapukan campuran tadi pada tempat yang terkena sengtan itu, InsyaAllah bisa sengatan akan beransur hilang dan tempat yang terkena sengtan tersebut tidak akan membengkak.



cara 3:
Tanah
Air kelapa
Garam
Campurkan sedikit garam dengan air kelapa, kemudian titiskan ke atas segumpal tanah. Selepas itu tanah tadi disapukan pada tempat yang terkena sengatan leah atau tebuan tersebut. Insyaallah dalamm beberapa ketika, rasa sakit akan berkurangan dan beransur hilang.
Ini adalah beberapa tips dan petua yang boleh anda gunakan jika terkena sengatan namun jika ianya berlarutan, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.



Sumber: Instagram Akim Ahmad & ramenpedas.com

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan
loading...